Assalammualaikum w.b.r..
Mggu ni aku x bpa nk sihat sgt.Maklumlah,kja byk yg perlu aku buat.Dtmbah lgi ngn penyakit demam,batuk kering,saket tekak dan x ckup tido.hurm..di sini aku tggalkan artikel dri apa yg aku belek2 dri I Luv Islam.
Mgkin korang buzy dan x sempat nk bca kt lman tersebut.So,aku hrap dpt la serba sdikit ilmu d bln yg mulia ni ye.Insya'Allah
Hidup ini semakin hari semakin banyak pula dugaan. Dugaan semalam belum lagi tamat, datang pula dugaan dan cubaan pada hari ini. Namun, sebenarnya tanpa kita sedari dugaan tersebut sebenarnya telah mengajar kita. Mengajar kita erti menerima.
Setiap anak Adam di atas muka bumi ini telah ditentukan Allah ajalnya, rezekinya, jodohnya dan menjadi orang yang sengsara ataupun sebaliknya sejak azali lagi.
Rasa sabar insya-Allah dapat dilahirkan apabila seseorang itu belajar untuk menerima. Belajar untuk menerima segala ketentuan Allah. Apabila seseorang itu menerima segala dugaan Allah dengan sabar. Maka ganjaran yang besar akan diperolehi di dunia bahkan ganjaran yang sangat besar di Akhirat.
Usahlah khuatir, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Segala kesusahan yang kita hadapi moga dapat memberi suatu hasil yang lumayan di dunia dan di Akhirat kelak.
"Bersama kesusahan ada kesenangan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan." [al-Insyirah, ayat 5 dan 6]
Usaha, Doa, Tawakal dan Redha
Bagaikan suatu formula pula. Usaha + Doa + Tawakal + Redha = TENANG. Sudah pasti ketenangan dapat dihasilkan apabila menggunakan bahan-bahan seperti Usaha, tanpa usaha kita tidak mungkin berjaya (dengan izin-Nya), kerana Allah tidak menyukai hamba-Nya yang selalu berdoa tetapi langsung tidak berusaha.
Setelah kita masukkan bahan usaha + doa, kita campurkan pula ramuan Tawakal. Tawakalbererti berserah kepada Allah.
Bahan yang terakhir adalah Redha, sebagai contoh apabila seseorang itu memperoleh keputusan peperiksaan yang tidak cemerlang, seharusnya dia redha, walaupun dia sudah berusaha dan berdoa sehabis mungkin. Bersangka baiklah pada Allah S.W.T kerana Dia lebih mengenali diri kita berbanding, kita mengenali diri sendiri. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya.
Maka,apabila kita redha. Bahan-bahan tersebut telah membuatkan kita mencapai tahapREDHA.
Insya-Allah
Insya-Allah
Wallahualam...
Sumber dari I LUV ISLAM







bagus!!
ReplyDeletemakaceh!!hihi
ReplyDelete