Assalamualaikum w.b.r..
Sila baca ini kenyataan-kenyataan ini :
Mencarut merujuk kepada perbuatan maki-memaki ataupun pengeluaran kata-kata kesat. Secara umumnya, mencarut adalah kelakuan yang tidak membawa sebarang faedah. Perbuatan ini bukan sahaja membazir masa, malah mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya.
Selain itu perbuatan mencarut akan mengurangkan rasa hormat orang ramai terhadap diri seseorang. Seseorang itu dianggap kurang beradab, dan mempunyai mentaliti yang kurang matang.
Dalam kebudayaan orang Melayu pula, mereka yang mencarut biasanya dikatakan kurang ajar. Ini membawa maksud yang amat keras, iaitu mempunyai ibubapa yang yang tidak mengajar tertib kepada anaknya disebabkan salah satu sebab iaitu kejahilan, kurang pendidikan, berasal dari keturunan tidak baik, dan lain-lain.
Buruk nampaknya orang lelaki mencarut, buruk lagi kalau perempuan yang mencarut.
Saudara saudari seagamaku, apa kepuasan anda apabila mencarut? Dalam Islam juga, mengeluarkan kata-kata kesat, cacian dan makian adalah sesuatu yang terhina.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji." (al-Humazah: 1)
Kepada org yang suka mencarut, hentikanlah perbuatan itu. Usaha! Jangan merendahkan martabat anda sendiri dengan mencarut. Jangan dibiarkan lidah anda terbiasa mencarut, takut-takut sampai ke tua, lidah pun sudah liat hendak berhenti mencarut. Jangan sampai orang menutup mata dengan syahadah, kita pula menutup mata dengan mencarut. Nauzubillah...
"Ya Allah, peliharalah lidah kami"
Petikan dari I LUV ISLAM
Kesimpulan yg dpt aku huraikan dsini ialah jgnlah sesekali kita cuba2 untuk mencarut/maki apa2 jua benda yg dicipta oleh Allah swt..terus-terang la aku ckp,aku sendiri p0wn kdg2 mengeluarkan kata2 yg kesat dhadapan kwn2 aku sndiri..klaw x caya tnya la kwn2 aku.so,sama2 la kita muhassabah diri kita bersama..
WallahWa'alam..









Oh..gitu upanya..hahahaha
ReplyDeleteHus... jgn ckp jer.... ingat2 sama.. kena lah praktikkan jugak. supaya kurang duk kata x$#%@&* 2........
ReplyDelete